Permata Yang Hilang Di Bumi Rantau Abang

 


KUALA TERENGGANU - DUN Rantau Abang kehilangan sebutir permata yang sukar diganti setelah Almarhum Dr Mohd Burhanuddin Zakaria dijemput Ilahi malam semalam. 


Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dengan rasa sebak menerima khabar duka pada 8.06 malam. 


"Almarhum yang merupakan pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) adalah seorang asatizah yang istiqomah, 

aktif dengan aktiviti kebajikan dan banyak sumbangAn kepada masyarakat," katanya menahan sebak.


Beliau berkata demikian ketika ditemuai selepas solat jenazah di Surau Pelandang di sini hari ini.


Almarhum telah dikejar ke Unit Kecemasan Hospital Dungun petang semalam setelah mengalami sesak nafas.


"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum, semoga tabah dan redha diatas pemergian insan tersayang.


"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sama-sama kita hadiahkan Al fatihah buat Almarhum," ujarnya lagi.


Ulasan