Tarbiyah Proses Berterusan

 


Oleh : Fatimah Din


MARANG - Tiada istilah ‘cukup' dalam bab tarbiyah bahkan hakikatnya, ia adalah proses berterusan dan tanpa noktah. 


Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Terengganu, Dato' Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata tujuan  berada di dalam PAS adalah kerana  satu  hati dan fikrah serta  mempunyai cita-cita, perjuangan dan laluan yang sama.


"Dalam jemaah ini ada orang perlu jadi lantai, atap, dinding, tikar, tandas.. jika semua orang nak jadi karpet, siapa nak buat kerja? Jawatan ini tidak banyak dalam jemaah, jadi perlu berbagi," jelasnya. 


Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Marang  berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di program Liqa’ Fikri Peringkat DUN Rhu Rendang pada  malam Rabu 16 Januari di Dewan Pejabat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang  di sini. 


 Lebih 200 orang pimpinan PAS di semua peringkat dalam DUN tersebut hadir menjadikan dewan penuh sesak. 


<img src="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2024/01/FB_IMG_1705546588035.jpg" alt="" width="1079" height="720" class="alignnone size-full wp-image-95352" />


Ustaz Mohd Nor juga menjelaskan bahawa ukhwah ada hubung kait dengan jemaah Islam dengan  membina kekuatan iman, kekuatan persaudaraan dan persediaan persenjataan.


"Kuatnya iman adalah hasil kuatnya persaudaraan jadi kita perlu bina kekuatan usrah dengan mesti digerakkan dan dijalankan secara berterusan," ujarnya. 


Di majlis itu juga turut diumumkan PAS Cawangan Sentul Patah dianugerahkan sebagai Cawangan Terbaik yang aktif menghidupkan usrah.

Ulasan