China Sokong Hak Rakyat Palestin Guna Senjata Tentang Israel

 


China telah menyokong hak rakyat Palestin untuk menggunakan kekuatan bersenjata bagi memerangi pendudukan Israel di tanah air mereka.

Duta negara itu ke PBB, Zhang Jun menyebutnya sebagai "hak yang tidak boleh dipisahkan yang diasaskan dengan baik dalam undang-undang antarabangsa".

Beliau berkata demikian semasa perbicaraan awam hari keempat yang diadakan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, berkenaan penjajahan rejim Zionis keatas Palestin 

Wakil 52 negara, rermasuk Malaysia, kini sedang berucap kepada ICJ mengenai pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin.

Utusan Beijing berkata terdapat "pelbagai orang (yang) membebaskan diri mereka daripada pemerintahan penjajah" dan mereka boleh menggunakan "semua cara yang ada, termasuk perjuangan bersenjata".

Beliau menyifatkan penggunaan senjata dalam penentangan Palestin sebagai sah dan bukan tindakan keganasan.

Ulasan