Aktiviti Ameerah Bukan Kuliah Semata-mata


KUALA TERENGGANU - Aktiviti yang dijalankan bukanlah yang hanya duduk di kuliah semata-mata sebaliknya, aktif terlibat dalam pelbagai acara dalam Ameerah Fun Club.

Ketua Ameerah Setiu, Dr Zakiyah Ahmad berkata, Ameerah Fun Club ada menjalankan aktiviti sukan dan juga 'outdoor'.

"Dimana program pada hari ini kita  buat untuk ukhuwah , semoga hubungan ini terjalin dan saling kenal mengenali antara satu sama lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Justeru itu, beliau berharap agar Ameerah Setiu dapat meneruskan  program yang menghimpunkan kaum wanita di kawasan ini untuk bersama-sama dalam mana-mana program.

"Matlamat program dalam pasukan saling bekerjasama bukan sahaja kita nak menunjukkan hak menang itu hebat.

"Tapi bagaimana kita menjalin hubungan dan bekerjasama dalam pasukan.

"Menang bukan atas dasar sorang tapi kena kerjasama," tambah beliau.


Ulasan