Hamas Seru Institusi Antarabangsa Halang Israel Terus Membunuh Rakyat Gaza

 


Hamas menggesa institusi antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan PBB supaya bertindak segera untuk menghentikan pembunuhan sistematik rakyat Palestin.


Menurut pergerakan itu, rakaman video yang disiarkan oleh Al Jazeera yang mendokumentasikan pembunuhan tanpa peri kemanusiian dilakukan rejim.


"dua orang awam yang tidak bersenjata dan telah mengibarkan bendera putih telah ditembak tentera Zionis dan mayat mereka diseret dengan jentolak untuk menutup bukti itu jenayah perang Israel” kata kumpulan penentang Palestin dalam itu dalam satu kenyataan.


Menurut Hamas lagi, tindakan Israel jelas melakukan "pembunuhan beramai-ramai yang kejam terhadap rakyat Palestin" di Semenanjung Gaza.


"Kami menyeru tindakan segera daripada semua institusi antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan penduduk Gaza dan Israel dipertanggungjawabkan sebagai penyangak dan penjenayah dan pemimpin zionis mesti dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah mereka terhadap kanak-kanak dan orang awam." tegas Hamas 


Pada hari Rabu, rakaman yang disiarkan saluran Al Jazeera  menunjukkan tentera Israel menembak dan membunuh dua rakyat Palestin yang cuba pulang ke rumah mereka di utara Semenanjung Gaza.


Laporan itu menunjukkan bahawa tentera Israel menyeret mereka dengan jentolak dan menanam mereka di dalam pasir untuk menutup "jenayah perang" yang mereka lakukan.


Israel telah melancarkan serangan ketenteraan maut ke atas wilayah Palestin sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh Hamas yang membunuh kira-kira 1,200 orang.


Lebih 32,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan kira-kira 75,000 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.


Peperangan Israel telah mendorong 85% penduduk Gaza ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60% daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak atau musnah, menurut PBB.


Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang pada Januari mengeluarkan keputusan sementara yang mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. .


Ulasan