PAS Kuala Nerus Hilang Permata Berharga

 


Oleh: Arifuddin Alias

KUALA NERUS -  PAS Kuala Nerus kehilangan seorang permata yang berharga apabila Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus,Cikgu M. Shukrimun pergi dijemput Ilahi di hospital pada tadi hari ini akibat serangan jantung

Almarhum merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menang bertanding dalam Pilhanraya Umum pada tahun 1999  mewakili PAS.

Ustaz Hisyamuddin Abd Karim ketika ditemui selepas solat jenazah almarhum berkata, hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan buat semua warga Kuala Nerus khususnya ahli-ahli PAS dengan kehilangan tonggak utama di kawasan ini. 

"Almarhum Cikgu M. Shukrimun merupakan seorang pemimpin yang profesional dan seorang pemimpin yang tinggi komitmen dalam pelbagai aspek"

"Saya lihat beliau antara perkara yang penting yang telah beliau teruskan adalah pembinaan Kompleks Tarbiyyah  At-Taqwa (KOMTAQ) sehingga tersergam di Batu Enam sekarang ini walaupun belum siap sepenuhnya tapi ia sudah begitu rancak digunakan oleh semua lapiasan masyarakat dan pengguna terutama ahli PAS lah"

"Jadi kalau tidak ada komitmen tinggi saya rasa ia tidak akan berjaya lah, ini di antara contoh zahir depan mata lah"

"Pengalaman besar yang saya alami sendiri adalah ketika almarhum mengendalikan mesyuarat harian PAS Kawasan Kuala Nerus dalam beberapa bulan lepas, beliau sebenarnya pada petang itu terlibat dengan Dialisis, bila agak letih menyebabkan beliau muntah di dalam bekas kesan daripada Dialisisnya tapi agak menarik almarhum tidak membatalkan mesyuarat walaupun kami memohon supaya ia dibatalkan" tambahnya lagi

Sementara itu, Haji Zaharuddin Zahid, Bendahari PAS Kawasan Kuala Nerus berkata, almarhum merupakan guru al-quran saya dan juga dalam politik.

"Beliau yang minta saya menjadi Ketua Cawangan PAS Cawangan Banggol Pauh selepas kemenangan 1999-2004 dan pertama kali PAS Cawangan Banggol Pauh ditubuhkan sehingga sekarang"

Senada dengan Ustaz Hisyamuddin, almarhum berjasa besar dalam PAS Kuala Nerus adalah mendirikan KOMTAQ.

"Usaha daripada beliau PAS Kuala Nerus pusat tarbiah yang tersergam indah dan kita boleh guna sehingga sekarang,"

"almarhum tidak garang tapi dia tegas dalam keadaan lembut, kita tak pernah tengok dia marah tetapi ketegasan membuatkan kita boleh menuruti apa yang segala dirancangkan" tambahnya lag

Ulasan