Tabung Terengganu untuk Yaman: Tanggungjawab Sesama Islam

 


Oleh : Azizah Mahmood 


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu melancarkan kutipan  untuk rakyat Yaman kerana mereka tiada tempat untuk mengadu jadi sebagai saudara Islam menjadi tanggungjawab untuk membantu.


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata  negara itu  kini sedang terhimpit akibat perang.


" Sebab apa kita bantu Yaman? Padahal.tempat kita susah jugak? Sebabnya kita susah boleh juga mintak tolong jiran, boleh mari pejabat Dewan Undangan Negeri(DUN), boleh 'whatsaap' ke YB (wakil rakyat) komang komang pun,


" tapi di Yaman mereka tiada tempat mengadu, hendak mengadu kepada siapa, susah belaka, atas sebab inilah kita membantu mereka" ujarnya 



Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian di Majlis Hi-Tea Sempena Kutipan Tabung Terengganu Untuk Yaman di Dewan Pusat Khidmat DUN Wakaf Mempelam di sini pada 4 Mac.


Program anjuran  Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial DUN Wakaf Mempelam itu telah dihadiri seramai 70 orang termasuk  masyarakat umum dan juga Ahli Jawatankuasa(AJK) Majlis Tindakan DUN itu. .


Ustaz Wan Sukairi turut menyeru orang ramai agar menyumbang dan sekaligus menunaikan hajat semasa saudara Islam. 


" Atas dasar " man kaana fi hajjati", atas dasar menunaikan hajat  saudara seIslam kita, atas dasar untuk meringankan beban  saudara kita, atas dasar membantu saudara kita, jadi kita sampailah  sekadar yang kita mampu"ujar lagi. 


Program berakhir jam 5.30 petang dengan penyumbang membuat penyerahan sumbangan untuk tabung berkenaan kepada Ustaz Wan Sukairi.

Ulasan