Oleh: Nasihah Mustafa
BESUT - Kerajaan PAS Terengganu mengagihkan tanah kepada rakyatnya sebagai cara untuk memberi peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap, pemilik dapat merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang akan membawa manfaat kepada komuniti serta generasi akan datang.
" Inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan pembangunan berterusan di Terengganu," ujarnya.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Geran Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) DUN Hulu Besut di Dewan Serbaguna Pasir Akar di sini pada 24 Februari lalu.
Dalam majlis tersebut seramai 123 orang peserta RTB menerima dokumen hak milik kekal.
Beliau juga menyeru agar mereka menjaga serta memanfaatkan tanah tersebut dengan sebaiknya demi kepentingan bersama.
"Kejayaan majlis pembahagian geran tanah ini adalah hasil daripada usaha kerjasama antara kerajaan dan masyarakat setempat.
Sementara itu Ketua Muslimat Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid melahirkan rasa syukurnya kerana mereka telah menunggu lama untuk memiliki tanah sendiri.
" Tahniah kepada semua penerima geran tanah, .semoga dengan pemberian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya," katanya yang juga Ketua Muslimat DUN Hulu Besut yang dihubungi pagi tadi.
Ulasan