KUALA TERENGGANU -Tindakan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini bagi menyekat royalti Terengganu adalah jelas menzalimi rakyat serta bercanggah dengan prinsip keadlian dan semangat federalisme.
Pengerusi UMMAH Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, royalti itu jelas hak milik rakyat Terengganu yang membuktikan secara jelas kewajipan kerajaan pusat untuk bayar 5 peratus.
"Kerajaan pusat yang sebenarnya bergantung kepada sumber minyak yang berada di negeri-negeri dalam Malaysia sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri.
"Bukannya menekan dan menyekat sumber pendapatan yang telah termaktub jelas dalam Perjanjian Petroleum 1975.
"Keadaan yang ada sekarang menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terpaksa cari jalan luar biasa untuk menampung perbelanjaan operasi kerajaan negeri," katanya melalui suatu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, tindakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah zalim dan melampau.
"PM seolah-olah mahu kerajaan negeri supaya tunduk dengan beliau, padahal pendekatan Dr Sam mengurus perbezaan adalah sangat matang dan berhikmah," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal kemana hilangnya pejuang-pejuang royalti suatu ketika dahulu.
"Semua pembangkang ketika itu bersepakat bahawa itu suatu kezaliman kepada kerajaan negeri Terengganu dan rakyatnya.
"Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ketika itu sama-sama memperjuangkannya, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim," tempelaknya.
Katanya, rakyat telah digerakkan untuk bersama dengan perjuangan menuntut royalti bukan sekadar lima peratus bahkan 20 peratus dituntut.
"Tetiba di zaman ini, ketika PAS mengambil alih semual kerajaan, perjuangan menuntut royalti oleh puak-puak yang pernah bersama kami dahulu sudah tidak lagi menyuarakannya.
"Bahkan keseluruhan jentera penerangan dan Cybertrooper Pakatan Harapan diarah supaya menyerang Kerajaan Terenggang dengan persepsi penyalahguaan dana wang royalti.
"Sedangkab apa yang dibuat oleh kerajaan negeri ialah, melaksanakan manifesto-manifesto kerajaan negeri untuk memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya lagi.
Ulasan