Anak-anak PASTI Antara Penggerak Boikot Produk Israe


DUNGUN - Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan sebahagian daripada penggerak kepada kejayaan kempen boikot sesuatu produk yang dijalankan samada yang menyumbang kepada tentera Israel ataupun 'Beli Barangan Muslim'. 


Ketua Pemuda PAS DUN Rantau Abang, Ustaz Muhaimin berkata, para pelajar akan mengingatkan kepada kedua ibu bapa mereka tatkala membeli sesuatu produk.


"Sehinggakan untuk memilih produk yang yang berlogo halal, sekaligus menyedarkan ibubapa untuk berhati - hati dalam memilih barang kegunaan harian," katanya lagi. 


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sedekad Kasih Ramadan Bersama Guru - Guru PASTI DUN Rantau Abang di Dewan Zainab Idrus, Wisma DPPKD pada Jumaat, 5 April.


Dalam majlis berkenaan, seramai 68 orang guru dan pengurus PASTI cawangan menerima sumbangan aidilfitri berupa wang tunai, minyak masak dan seekor ayam.


Penyelaras PASTI DUN Rantau Abang (PADURA), Muhammad Yusof memaklumkan bahawa program tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang dan Skuad Cakna Ehsan. 


"Melibatkan 56 orang guru dan 12 Pengurus PASTI di DUN itu,"  jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.


Di majlis itu juga dilancarkan penjenamaan semula, Tabung PADURA, PASTI DUN Rantau Abang

Ulasan