Gencatan Senjata Kekal, Pengunduran Tentera Israel Sepenuhnya Dari Gaza

 


Hamas bertegas menuntut  gencatan senjata kekal dan pengunduran semua tentera Israel daripada bumi Gaza, sebagai syarat dalam perundingan terbaru.

Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata gerakan Islam Palestin yang sedang berperang Israel itu komited dengan tuntutannya, gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh dan lengkap musuh mereka jejim zionis.


“kepulangan semua orang yang kehilangan tempat tinggal ke rumah mereka, membenarkan semua bantuan yang diperlukan untuk rakyat kami di Gaza,

“membina semula Semenanjung, mengangkat sekatan dan mencapai perjanjian pertukaran tahanan yang terhormat," kata beliau..

Haniyeh berkata demikian dalam sebuah saluran televisyen dalam ucapannya sempena Hari Al-Quds 

Ulasan