Inisiatif Galakan Bayar Zakat


 KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan insentif sebagai galakan kepada masyarakat untuk  membayar zakat,


Ketua Penerangan PAS Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata imenerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah  menyediakan kemudahan-kemudahan serta insentif yang menarik.. 


" Antaranya pemberian wakalah kepada pembayar zakat individu, perniagaan dan majikan untuk pengagihan sendiri kepada asnaf yang dikenal pasti. 


" Cabutan bertuah kepada pembayar potongan zakat bulanan dan Skim Khairat Kematian (Skim Al Hanan) kepada waris pembayar zakat yang telah meninggal dunia," ujarnya. 


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu itu, berkata demikian ketika menjawab  persoalan  yang diutarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Rakit, Shaifizi Ismail dalam  Mesyuarat Pertama Penggal Kedua di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ke-15 di sini semalam. 


 Menurut Dr. Khalil, institusi yang bertanggungjawab dalam urusan zakat itu juga sentiasa mempergiatkan aktiviti dakwah secara bersemuka serta melalui hebahan cetakan dan media sosial. 


"Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti taklimat, lawatan premis-premis perniagaan serta mengadakan perjumpaan secara individu dengan peniaga atau usahawan selain melalui teks khutbah,"  jelasnya lagi.

Ulasan