Peluang Lanjutkan Pengajian Pelajar Lepasan Sekolah Agama Negeri


 KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS negeri melalui Jabatan Pendidikan Islam (JPINT) membuka laluan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama melanjutkan pengajian ke luar negara, antaranya ke Algeria, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Tunisia dan Jordan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, peluang terbuka kepada semua pelajar termasuk lepasan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) selain menyambung pengajian di Jordan dalam bidang Usuluddin dan juga Perbankan Islam dan di Mesir dalam bidang Ulum Islamiyyah.

Katanya, lepasan SMIDI berpotensi menyambung pengajian peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama satu tahun pengajian seterusnya mendapatkan tempat di Kuliah, Al-Azhar dan Markaz Lughah di Mesir dan juga boleh mengambil Ijazah dalam bidang pengajian Islam serta Bahasa Arab.

"Bagi pelajar lepasan Pusat Tafaquf Fi-Din pula diberi peluang menyambung pengajian bidang Turath di Al-Azhar As Syarif serta menyambung pengajian

Kursus Intensif Bahasa Arab selama dua tahun di Maahad Al-Azhar di bawah kelolaan Markaz Tatwir Al-Azhar.

"Selain itu, pelajar lepasan Pusat Tafaquf Fi-Din juga berpeluang menyambung pengajian di Maahad Bu'uth Al- Azhar serta mengikuti pengajian secara bertalaqqi dengan tenaga pengajar yang dilantik terus oleh JPINT di Mesir selama dua tahun," ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri itu berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS- Buluh Gading) padaPersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu.

Tambahnya, pihak JPINT juga telah mengambil tindakan dengan memohon MQA bagi usaha pengiktirafan pensijilan Pusat Tafaquf Fi-Din Tok Sheikh Duyong.

"JPINT juga berkolaborasidengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi peluang pengajian di bidang Turath yang dikendalikan olehUPSI," katanya lagi.

Sementara itu, bagi lepasan pelajar Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), mereka berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan swasta dalam negara seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UniversitiSultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan lain-lain.

"Ini termasuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti luar negara seperti The Wolrd Islamic Sciences Education University (WISE) Jordan dan Universiti Islam Madinah. 

"Antara peluang kerjaya yang ditawarkan jawatan di sektor kerajaan dan swasta sebagai guru harian di sekolah agama swasta dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Negeri Gred N29," ujarnya.

Ulasan