Jangan Kutip ‘Reba’ Masuk Dalam Rumah

 


DUNGUN – Ahli PAS dilarang mengambil berita – berita yang tidak tepat kemudian membawa masuk ke dalam parti dan jemaah, ‘jangan kutip reba masuk dalam rumah’.

, Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyelar golongan yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham dalam anggota jemaah.

” Saya harap jangan ada di kalangan anggota parti kita yang cuba berperangai seperti mereka,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke 65 di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Jalan Santong, Paka di sini pada sabtu, 25 Mei.


Katanya, meneruskan perjuangan Islam, seperti yang dijamin oleh Allah akan memberi bantuan dan. pertolongan kepada orang – orang yang berjuang untuk menegakkan agama Allah Taala.

“Maka kita dapati organisasi PAS semakin mantap bukan sahaja di kawasan – kawasan tetapi juga di peringkat di bawah kawasan – kawasan dan hubungan organisasi di atas., yang melibatkan PAS Pusat dqn Badan – badan Perhubungan PAS Negeri – negeri dan kita juga telah mrndapat rakan-rakan kongsi dalam. meneruskan perjuangan, ” katanya

Ulasan