Perluas Usrah Kepada Umum

 


Oleh :  Rohayati Ripin 

SETIU – Dengan memperluaskan program Usrah kepada orang awam, PAS dapat mencapai lebih ramai golongan dan memberi peluang kepada mereka untuk memahami nilai serta prinsip yang  parti.


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Noor berkata, Usrah satu amalan penting dalam kitaran kehidupan masyarakat Islam.


Tambahnya, penyampaian fikrah serta kefahaman yang benar kepada orang awam melalui usrah adalah satu langkah bijak.


“Jadi kita perkemaskan dan perkasakan usrah bukan sekadar untuk fikrah dan kefahaman tetapi  kita kena luaskan ke luar sana.



“Sasaran kita adalah orang awam, akhirnya menjadi ahli dan walaupun usrah bukan untuk orang awam tetapi hasil daripada usrah akan melahirkan daie yang menyampaikan Islam bergerak di luar sana bersama dengan masyarakat." jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS kawasan Setiu, pada Jumaat, 10 Mei, di Dewan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Kompleks Tarbiyyah Luqmanatul Hakim, Guntong Luar, di sini.


Katanya, menyampaikan  dan memberikan keprihatinan adalah salah satu meknisme yang akan menarik orang luar, dekat dan bersama PAS.


Oleh itu katanya, penekanan untuk memperkemas dan memperkasakan usrah, PAS dapat berperanan lebih aktif membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat.



Inisiatif itu juga, kata beliau, akan  membantu memperkukuhkan kefahaman tentang nilai-nilai Islam dalam masyarakat secara keseluruhan.


“Maka, apabila kita mengkaji pembentukan peribadi, adalah tidak realistik (tak boleh terus jadi baik dalam masa singkat) untuk mengharapkan perubahan segera yang menyeluruh. 


“Pembentukan peribadi yang kukuh bermula dengan penjagaan dan penanaman nur Islam, disertai dengan pendidikan mantap serta pemahaman mendalam dalam ibadah.  



"Teras pembentukan peribadi adalah dari nur Islam, bersumber daripada pendidikan yang kukuh serta pemahaman yang mendalam dalam ibadah. 


“Bagaimana Rasulullah SAW bagi keyakinan kepada para sahabat yang dibentuk sehinggakan mereka sanggup untuk mati syahid  berada dihadapan barisan hadapan,” jelasnya.


Walaupun PAS sudah memiliki kerajaan, usrah tidak boleh ditinggalkan kerana tarbiyah  adalah aset kepada semua perjalanan organisasi untuk berpolitik.

  

“Maka fokus kita sama ada usrah, tamrin, liqa atau apa sahaja pengisian, kita kena berpandukan apa yang telah ditetapkan  di peringkat Lajnah Tarbiyah sendiri." tambah Salamiah lagi.

Ulasan