PN Yakin Rampas KKB


HULU SELANGOR - Perikatan Nasional (PN) yakin akan merampas kerusi Pakatan Harapan (PH) berdasarkan gerakan jentera PAS yang ditugaskan di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bandar Utama Batang Kali.


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dato' Ustaz Wan. Sukairi Wan Abdullah berkata, tinjauan yang dibuat menunjukkan, rata-rata pengundi memberikan respon baik terhadap calon PN.   


"Kuala Kubu Bharu, majoriti pengundi Melayu dan kita amat yakin pengundi ini akan berubah kerana calon PN adalah calon tempatan iaitu Saudara Khairul Azhari Saut yang bertekad akan memajukan Kuala Kubu Bharu, " ujarnya. 



Menurutnya, seluruh jentera PN Negeri Terengganu telah turun berkampung, bermula selepas penamaan calon pada 27 April lalu, di UDM tersebut. 


Katanya, pengundi di UDM itu merupakan jumlah pengundi paling tinggi iaitu seramai 9, 072 orang  dan membuang undi dua pusat mengundi. 


"Urusan kempen telah diatur begitu hebat, berkempen selama dua hari menemui pengundi di udm bandar utama untuk merampas DUN yang dimenangi oleh  DAP," jelasnya



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu berkata demikian ketika ditemui selepas selesai sesi kempen di sini pada semalam,10 Mei. . 


Turut turun padang bersama beberapa orang lagi wakil rakyat PAS dan BERSATU antaranya ADUN Kijal Datuk Razali Ismail Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Saharizulkarnain, ADUN Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Alur Limbat, Ustaz Arifin Deraman, serta ramai lagi  yang berkampung di UDM itu. 


 "Jentera kempen yang ramai diatur mengikut jadual merancakkan lagi urusan kempen kali ini dan Perikatan Nasional yakin dapat memperolehi kemenangan dengan majoriti yang selesa," tegas beliau


Ulasan