BAKIP Agih Daging Korban Di DUN Rantau Abang

 


DUNGUN -  Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) dengan kerjasama Pusat KHIDMAT Masyarakat (PKM) DUN Rantau Abang telah mengagihkan daging korban kepada tujuh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di DUN berkenaan. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli yang berterimakasih kepada badan kebajikan itu yang sudi memilih DUN Rantau Abang sebagai destinasi korban mereka kali ini. 


"Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan hari ini, tiga ekor sumbangan BAKIP manakala seekor daripada PKM, daging - daging akan diagihkan kepada enam JPKK iaitu   Pulau Serai , Alor Mak Bah, Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Padang Pulut, Rhu Batil dan Kampung Paya,


"sebanyak 50 pek daging akan diedarkan kepada JPKK berkenaan untuk diedar kepada asnaf di tempat masing-masing.  "jelasnya. 



Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak program di Padang Bola Kampung Batu Putih di sini pagi tadi. 


Mohd Fadhli juga berharap program sebegitu akan dapat diteruskan di tahun - tahun seterusnya. 


" Melihat suasana hari ini, insya - Allah, kita  dapat mengadakan Korban Perdana tahun depan dan kita berharap juga BAKIP akan turut sama menjayakannya," ujarnya yang gembira dengan kerjasama ahli-ahli BAKIP, kakitangan PKM, orang kampung, muslimin, Muslimat , Pemuda dan Ameerah.



Ulasan