Kembalikan Royalti Untuk Kerajaan Terengganu Uruskan


MARANG - Melihat kepada perkembangan pembayaran royalti minyak  yang amat mendukacitakan,  Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) sebulat suara meluluskan usul  agar dikembalikanya untuk diuruskan oleh Kerajaan Terengganu.

Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor  telah membentangkan  usul  dibawa oleh DMPNT itu agar PAS Pusat  mendesak Kerajaan Persekutuan dengan segala apa sahaja usaha yang ada untuk  mendapat kembali hak rakyat Terengganu.

"Untuk rekod, penerimaan dana oleh Kerajaan Terengganu atas nama royalti petroleum dari tahun 1978 hingga 1999 adalah secara terus dari PETRONAS tanpa melalui pihak ketiga,

"Namun mutakhir ini, Kerajaan Madani sengaja bertangguh dan menyerahkannya  dengan jumlah yang sangat sedikit berbanding seperti dijadualkan, ini telah menganggu urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semestinya memberi kesan yang besar kepada rakyat." ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika mengusulkannya di Muktamar Tahunan DMPNT Kali Ke-51 di Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru di sini pada 8 Jun.

Zuraida turut menggariskan beberapa mekanisme yang boleh digerakkan untuk menyokong usaha tersebut. 

"Memahamkan dan menerangkan isu ini kepada orang ramai terutamanya menerusi media sosial, memulakan cabaran undang-undang bagi mencetuskan perubahan dasar atau perundangan berkaitan.

"Dan juga menganjurkan program munajat perdana untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT," jelasnya lagi ketika dihubungi hari ini di Kuala Terengganu.

Ulasan