MARANG - Walaupun berusia 80 tahun, penerima 'Anugerah Jasamu Dihargai' tetap bersemangat dan bersedia menggalas amanah tanpa mengira jawatan yang diberikan akan dipikul semampu mungkin.
Azizah Mohd Yusof yang mula terlibat dengan gerak kerja Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak tahun 1988 dengan bermula dari cawangan dan pada tahun 1998, diberi amanah dalam jawatankuasa negeri.
Menceritakan sepanjang penglibatannya bersama gerakan Islam itu, mesra dipanggil Kak Zah Yunan juga pernah dilantik sebagai bendahari Dewan Muslimat PAS Marang (DMPKM) dimasa yang sama mengetuai Hal Ehwal Wanita(HALWA) DUN Rhu Rendang.
"Sebagai bendahari, biasalah duit kita, duit jemaah, buat program tak cukup duit, kita guna duit kita,
" Masa jadi Bendahri DMPKM diamanahkan sebagai Ketua Naqibah DMPKM, jadi naqibah, jadi jugak 'driver', guna kereta sendiri, bawa naqibah-naqibah untuk dihantar ke tempat usrah, Kak Zah paling jauh, tempat atau cawangn 'last' sekali,
"hala(laluan) balik pula ambil pula naqibah-naqibah tadi hantar balik ke rumah masing-masing , kita 'last' (akhir) sekali balik rumah," ujarnya yang memiliki lesen memandu di usia 18 tahun dan ketika memandu kereta arwah ayah .
Ibu tunggal kepada lima orang anak serta 27 cucuitu berkata demikian ketika dihubungi semalam mengulas anugerah yang diterima sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke-51 di Dewan Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru di sini pada sabtu, 8 Jun.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II, PAS Terengganu Dato' Saiful Bahri Mamat.
Pencalonan penerima Anugerah Jasamu Dikenang ini diterima dari setiap kawasan dan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Kak Zah yang tidak berhenti - henti melahirkan rasa kesyukuran masih mampu bergerak cergas walaupun tidak seperti dulu dan kini dilantik sebagai Timbalan . Ketua As-Sabiqat DMPKM.
Dalam kesibukan dengan tugasan jemaah, beliau turut menjadi perawat perubatan Islam yang diasaskan oleh Almarhum Dato’ Tuan Guru Dr. Haron Din.
"Dulu Kak Zah betugas merawat, lebih kurang sudah 16 tahun di Darul Syifa' Kuala Ibai, kemudiannya di Darul Syifa Al - Busyra sehingga sekarang,
"Bermula tahun ini hanya membantu urusan - urusan pejabat sahaja dan merawat bila ada pesakit yang buat temujanji, " katanya yang masih lagi mampu memandu.
Ulasan