Setiu Kehilangan Tokoh Penting

 


Oleh : Rohayati Ripin 


SETIU - PAS Kawasan Setiu meratapi kehilangan seorang tokoh penting dalam perjuangan apabila Yunus Sulaiman atau Pok Nuh, kembali ke rahmatullah pada usia 64 tahun.


Allahyarham telah berkhidmat selama 35 tahun, menghembuskan nafas terakhir, pada pukul 8.30 pagi Selasa, di kediamannya Kampung Che Long, Permaisuri.


Naib yang dipertua PAS Kawasan Setiu, YB Azmi Maarof berkata, pemergiannya amat dirasai oleh warga Setiu.



"Saya kenal dia hampir 30 tahun lebih dan arwah merupakan orang yang istiqamah dalam perjuangan.


"Beliau bermula bergiat di Kawasan Setiu sejak Pemuda lagi.


"Walaupun bertugas dengan kerajaan dia sanggup kena tukar ke sana sini dan berkorban apa sahaja demi parti," jelasnya

.



Beliau yang juga ADUN Langkap berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Menelusuri Ibrah Qurani Siri 6 di Masjid Kampung Chalok Kedai, Setiu, pada hari ini.


Katanya, almarhum merupakan up salah seorang AJK PAS Kawasan Setiu, Harian MTD Permaisuri, Pengerusi JPKK Che Long dan Pengerusi PASTI An-Nur, Kg Besut. serta Ketua Cawangan Kg Che Long.


Selain itu, tambah beliau, almarhum merupakan penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.


Menurutnya, jenazah arwah disembahyangkan selepas solat asar di Masjid As-Syakirin, Kg Che Long.




 Justeru itu, beliau mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan harap dapat bersabar serta semoga rohnya dicucuri rahmat.


"Semoga segala amal ibadah dan bakti diterima-Nya dan moga Allah Taala menempatkan almarhum bersama sekalian hambaNya yang soleh," katanya.


Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu turut merasakan amat kehilangan diatas pemergian Pok Yunus.



Ketuanya, Wan Ramlah Wan Abd Rahman berkata, almarhum banyak membantu dalam jemaah.


"Sepanjang perkhidmatan dalam PAS Kawasan, almarhum telah menerima banyak beri tunjuk ajar dan bantuan serta banyak perkara yang telah memudahkan Muslimat.


"Kami rasa terlalu kehilangan atas pemergian beliau," tambah beliau.

Ulasan