Simulasi Haji Tarik 500 Peserta


Oleh : Amira Amijuddin

BESUT - Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Besut 2024 berjaya menarik lebih 500 peserta, membolehkan murid-murid merasai pengalaman melaksanakan ibadah haji seperti di Tanah Suci Mekah.

Pengerusi PASTI Kawasan Besut, Hilmi Hamdan berkata, program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada murid-murid PASTI tentang Rukun Islam yang kelima, iaitu melaksanakan haji.

"Diharapkan program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang Rukun Islam kelima kepada anak-anak PASTI, tapi lebih dari itu.

"Kita mengharapkan dapat memberi semangat kepada ibu bapa untuk lebih bersedia menjadi tetamu Allah dan bersedia dari sudut kewangan, masa, kesihatan, tenaga serta lain-lain," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Masjid Taman Ilmu Tembila, pada 22 Jun lalu.

Selain itu, para ibu bapa kelihatan sangat terinspirasi dengan program ini dan begitu semangat dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh PASTI. 

"Terima kasih kepada semua AJK PASTI Kawasan Besut dan guru-guru yang bekerja keras dan mencurahkan tenaga serta bimbingan kepada para murid supaya program berjalan dengan lancar," katanya.

Justeru, beliau berharap program sebegini mendapat manfaat dan sambutan yang luar biasa.


Ulasan