Bajet Terengganu Paling Telus, Tiada Alasan Sekat Royalti

 


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pentadbiran Kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan Dr. Sam atas pengiktirafan Belanjawan Paling Telus menerusi Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2024 pada hari ini.


Pengiktirafan daripada badan kajian bebas, Institute For Democracy And Economic Affairs (IDEAS) buat dua tahun berturut-turut (2022 dan 2024) ini merupakan bukti ketelusan pentadbiran kerajaan Terengganu dalam menguruskan kewangan negeri ini. 


Pengiktirafan ini juga sekaligus menolak tohmahan segelintir pihak yang mempertikaikan kredibiliti Dr. Sam dalam mentadbir Terengganu. 


Lebih malang lagi, terdapat juga sesetengah pihak yang percaya sekatan royalti ke Terengganu wajar dilakukan kerana Dr Sam tidak reti mengurus kewangan negeri. Bukti kajian IDEAS ini meruntuhkan segala fitnah tersebut. 


Alasan yang fatal ini telah dijadikan hujah dan alasan oleh pihak tak berakal dalam menyokong tindakan sekatan wang royalti kepada Terengganu. Kesan sekatan ini menyebabkan banyak inisiatif-inisiatif kebajikan rakyat terpaksa ditangguhkan. Ramai yang terkesan dan kecewa.


Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan terus menuntut royalti agar dikembalikan serta diuruskan oleh mereka yang telah terbukti paling telus.


Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Dewan Pemuda PAS TerengganuExco Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ulasan