HEBAT 5.0: Khidmat Malaysia Terengganu Persiap Hadapi Musibah


HEBAT 5.0 adalah Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia edisi ke 5 merupakan acara tahunan Khidmat Malaysia..

HEBAT 5.0 kali ini memilih Pulau Jahe, Chenor, Pahang sebagai lokasi program yang akan bermula 2 Ogos sehingga 4 Ogos 2024.

Negeri Terengganu akan menghantar seramai 91 orang menyertai HEBAT 5.0,  terdiri dari gabungan pelbagai jabatan dan NGO di bawahnya.

Jumlah tersebut terdiri dari 81 peserta lelaki dan 10 peserta wanita akan dipimpin oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu, Tuan Sauji bin Abdul Rashid.

Peserta HEBAT 5.0 akan didedahkan dengan simulasi bencana bagi mempersiapkan anggota Khidmat Malaysia menghadapi situasi sebenar.

Menariknya, situasi bencana kali ini adalah menghadapi sebuah kampung yang ditenggelami banjir besar dan menjadikan ia sebuah pulau.

Antara objektif HEBAT 5.0 ini adalah menyeragamkan SOP dalam pengurusan bencana dan menguji tahap kesiapsiagaan pasukan Khidmat Malaysia negeri-negeri.

Antara jabatan dan NGO yang mewakili Terengganu kali ini adalah Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Yayasan Amal Malaysia Terengganu, Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu, Terengganu Adventure Group, GTN Care dan Pasukan Radio Amatur Terengganu.

Justeru, aya mewakili kerajaan negeri dan Khidmat Malaysia Negeri Terengganu berharap, para peserta HEBAT 5.0 akan menjadi nilai tambah bagi menghadapi musibah tengkujuh yang saban tahun melanda negeri ini.


TERENGGANU MAJU, BERKAT DAN SEJAHTERA


HJ. HANAFIAH B. MAT
Exco Kerajaan Negeri Terengganu,
Pengerusi Khidmat Malaysia (KHIDMAT) Terengganu
23 Muharram, 1446H/ 29 Julai, 2024

Ulasan