Kerajaan Madanon ‘Double Standard’

 


KUALA TERENGGANU – Kerajaanc persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar  tetap pendirian dan tidak ‘double standard’ berhubung penggunaan jentera kerajaan dalam setiap kempen Pilihan Raya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mengulas jawapan Anwar kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berhubung amalan rasuah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, adalah tidak adil apabila Perdana Menteri berkata, tidak salah sekiranya projek yang telah dirancang oleh kerajaan pusat dibenarkan pada PRK Sungai Bakap sedangkan didakwa rasuah, sebagaimana yang berlaku di Kuala Terengganu.

"Dalam jawapan beliau, beliau berkata, penggunaan jentera kerajaan adalah satu kesalahan melainkan kalau dia berbentuk penerusan program yang telah diluluskan terlebih dahulu, saya rasa ini adalah 'double standard'," tegasnya dalam satu kenyataan video semalam.

Tambahnya, petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Kuala Terengganu adalah berkaitan program kerajaan negeri yang telah diluluskan pada pembentangan bajet, lama sebelum pilihan raya.

"Malah sebelum tahun yang berkenaan,  dalam bulan 10 dan bulan 11, ketika  pembentangan Belanjawan lagi, dalam proses perlaksanaan dijadualkan sebelum itu.

"Jadi nampaknya jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri ini macam 'double standard’ lah kan,

"kalau kerajaan buat tak apa, kalau pembangkang buat, petisyen lah, jadi kenalah konsisten barulah tata kelola yang betul, " jelas beliau.

Ulasan