Libat Urus Segera CCUS; Terengganu Serius Usaha Jana Pendapatan Baharu

 


KUALA TERENGGANU  - Libat Urus Industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) segera yang diadakan, adalah usaha bersungguh-sungguh Kerajaan negeri Terengganu menjana pendapatan baharu selain bergantung kepada hasil royalti petroleum.

Naib Prsiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah segera ini melibatkan Kementerian Ekonomi dan pelbagai jabatan serta agensi di peringkat negeri dan persekutuan.

Katanya, CCUS ini isunya adalah amat besar dan penting bagi Terengganu supaya ekosistem yang dibuat akan memberikan pulangan dan hasil kepada negeri sendiri  dan tentunya penting  juga untuk Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

“Di peringkat kerajaan negeri melalui entiti GLC di bawah kerajaan negeri kami telah mengadakan perbincangan awal dengan petronas terlibat menjadi rakan kongsi dalam CCUS.

“Tugas kita ialah pastikan kerajaan sediakan semua kerangka jadi pihak swasta melaksanakan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak pemberita selepas sesi libat urus Bersama kerajaan negeri Terengganu mengenai pelaksanan inisiatif CCUS, di Tingkta 17, Wisma Darul Iman, semalam.

Menurut beliau, Kompleks Petroleum yang wujud di negeri itu mampu memudahkan proses projek berkenaan.

“CCUS yang merupakan salah satu potensi yang besar yang perlu untuk direncanakan dengan penuh teliti untuk memajukan industri ini.

“Negeri Terengganu adalah merupakan salah sebuah negeri yang paling strategik untuk untuk menjadi pelopor bagi industri CCUS ini di Kompleks Petroleum yang sedia ada di Negeri Terengganu,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 di Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu.

Dalam soalan tambahannya, beliau meminta agar Menteri menjelaskan status terkini rangka kerja peraturan dan undang-undang berkaitan CCUS yang sebelum ini pernah dibincangkan.

Sementara itu, Menteri  Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa CCUS adalah projek rintis dalam pelan peralihan tenaga negara, dengan Terengganu sebagai negeri peneraju kerana potensi besar dalam industri minyak dan gas  di Kertih, Kemaman.

“Di peringkat Kerajaan Persekutuan kita sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang untuk dibentangkan dalam bulan November 2024 dan akan melahirkan industri CCUS di Malaysia serta keputusan mengenai pelaburan akan dibuat selepas rang undang-undang itu dimuktamadkan.

“Perbincangan dengan pelabur dan pelanggan-pelanggan antarabangsa sedang berjalan serta keputusan besar kemungkinan akan dapat dimuktamadkan dalam tahun 2025.

“Tetapi kita sedia maklum pelaburan untuk setiap satu fasiliti CCUS yang lengkap daripada terminal sampai ke luar pesisir pantai selalunya dalam lingkungan RM20 bilion.

“Jadi itu sebenarnya potensi yang ada untuk pelaburan kesat limpahan ekonomi kepada Terengganulah kalau kita berjaya susun dengan baik,” ujar Rafizi.

Ulasan