PAS Tidak Pernah Menghantar Perwakilan Untuk Berbincang Atau Berunding


KUALA TERENGGANU - PAS tidak pernah menghantar perwakilan untuk berbincang atau berunding dengan mana-mana pemimpin parti di bawah kerajaan perpaduan.


Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga menegaskan tidak ada rancangan untuk parti itu mengadakan mesyuarat atau hubungan serupa dengan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, jika mesyuarat diadakan, ia akan menumpukan kepada urusan pentadbiran kerajaan berbanding membincangkan hala tuju politik.

“Mesyuarat di Parlimen atau semasa mesyuarat lain adalah berdasarkan kapasiti mereka sebagai ahli parlimen (AP) atau ADUN.

"Ia tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai perbincangan politik. Sebaliknya, jika pertemuan sebegitu dengan pemimpin Umno, ia akan berada dalam konteks pentadbiran tadbir urus dan peranan ahli Parlimen dan ADUN di negeri masing-masing," katanya.

Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat DUN di Wisma Darul Iman, pada Isnin.

Pada Ahad, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, terdapat permintaan daripada wakil pembangkang untuk bertemu beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kemungkinan kerjasama bagi pilihan raya umum akan datang.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional, bagaimanapun berkata beliau masih belum terbuka dengan idea itu atau bertemu wakil dari blok pembangkang.

Beliau mengulangi bahawa tiada perbincangan rasmi diadakan antara Umno dan PAS.

Beliau berkata jika ada pertemuan antara pemimpin dan ahli kedua-dua parti, ia dilakukan secara tidak rasmi atau atas kapasiti peribadi.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung sebarang permintaan daripada pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan Anwar dan Zahid.

Tuan Ibrahim berkata parti itu tidak pernah memberi kuasa kepada mana-mana pemimpinnya untuk terlibat dalam perbincangan (mengenai kemungkinan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang).

Dr. Samsuri yang juga Benhadari Perikatan Nasional (PN),  turut menegaskan Pa kekal teguh dengan rakan gabungannya dalam PN.

“Kami percaya bahawa masa depan negara yang lebih baik, ‘Malaysia baharu,’ harus dibina atas kerjasama politik sedia ada.

"PAS bersama-sama rakannya dalam PN perlu dibangunkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah ini akan menjadi tawaran terbaik untuk Malaysia baharu," katanya.

Sementara itu, Mantan Ahli Mjalis Tertinggi Umno, dalam satu cerama berkata. Memang PAS tidak berjumpa dengan sesiapa daripada Umdap, pemimpin Umno sekarang yang bergabung dengan DAP.

Beliau mendakwa, PAS berjumpa dengan pemimpin ‘Umno asli’, bukan dari kalangan kumpulan Umno yang menyokong Zahid dan Umdap.

Ulasan