PRK Nenggiri; PAS Terengganu Siap Jadi Tenaga Bantu


KUALA LUMPUR- PAS Terengganu bersiap sedia sepenuhnya untuk menjadi tenaga bantu bagi memenangkan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri, 17 Ogos nanti.

Pengarah Pilihan Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu,  Ariffin Deraman berkata, semangat untuk menjadi tenaga bantu sentiasa berkobar-kobar setiap kali menjelang PRK bagi memenangkan calon yang bertanding untuk PN.

"Saya yakin PN telah ada senarai siapa yang akan bertanding dari segi 'status quo' saya yakin kerusi itu akan diberikan kepada BERSATU.

"Kita di pihak PAS sangat terbuka, pada kami tidak ada masalah siapa sahaja yang bertanding atas tiket PN," ujarnya.

Beliau berkata demikian  selepas mengadakan kunjungan muhibbah dan perbincangan mengenai peluang pekerjaan dalam sektor railway, di sini, semalam.

Dalam pada itu Ariffin memberi keyakinan strategi yang akan digunakan PN bagi menambat hati pengundi di DUN berkenaan adalah dengan menggunakan lambang PAS.

"Kita akan bekerja keeas dan akan memberikan kerjasama yang sangat utuh untuk memberikan kemenanhan kepada PN di Kelantan.

"Kami di Terengganu akan mengikut arahan, dalam masa terdekat akan pergi ke Nenggiri bersama dengan mereka yang berkepakaran dalam menghadapi PRK ini.

"Kita akan maklumkan kemudian mengenai kawasan mana yang akan kita jaga nanti," katanya.

Ulasan