Serlahkan Potensi Tenaga Baharu Di Medan Dakwah


 MARANG - Kepimpinan  muslimat diseru agar memberi peluang kepada ' anak buah' masing-masing   menyerlahkan potensi diri sebagai tenaga - tenaga baharu untuk turun ke medan dakwah. 


Ketua Muslimat PAS Terengganu, To Puan Zarani Othman seterusnya menambah, terutamanya generasi muda sebagai agen penerangan selain program dan kursus penceramah yang telah banyak disediakan. 


"Dan kita sendiri sebagai agen penerangan tidak perlu malu untuk menawarkan diri mengendalikan sesuatu majlis kerana ianya adalah menjadi tanggungjawab kita semua dalam menyebarkan risalah Islam," 


"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" surah Fussilaat ayat 33), " katanya lagi.


Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pengucapan Awam  Muslimat PAS Marang di sini pada 8 Julai.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Sazali Mohd Noor.


"Bukan bermakna kita 'syok sendiri' tetapi tindakan perlu untuk membiasakan diri sebagai tenaga pentazkirah dan penceramah di kalangan muslimat, 


"Sekarang ini, kita masih lagi  kekurangan tenaga-tenaga penceramah untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada masyarakat Terengganu kita khasnya di kawasan Marang.  


"Dan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kelicinan gerak kerja parti  untuk mengisi program - program bersama masyarakat," ujarnya.

Ulasan