Ameerah Terengganu Bersiap Sedia Menyemarakkan Himpunan Mega

Oleh : Rohayati Ripin 



KUALA TERENGGANU - Ameerah Terengganu bersiap siaga menyemarakkan Himpunan mega yang akan dihadiri oleh delegasi dari seluruh kawasan di negeri ini.


Ketuanya, Asma Abdullah berkata, ini menunjukkan komitmen tinggi mereka terhadap acara yang diadakan.


"Insya Allah kami akan hadir dari seluruh kawasan dari Besut hingga Kemaman bakal memenuhi Himpunan Hamra 3.0. 


"Antara acara menarik yang akan diadakan termasuklah Persembahan Pentas daripada Ameerah negeri-negeri serta ucapan daripada pimpinan tertinggi PAS.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.



Justeru itu, beliau menyeru kepada semua anak muda untuk sama-sama hadir dan merebut peluang ini bersama kepimpinan tertinggi PAS seluruh Malaysia.


Katanya, pada 14 September 2024 satu Program Mega Himpunan Ameerah Malaysia (Hamra 3.0 ) akan berlangsung di Kompleks AL Makmur Kerdau Pahang. 


Tambah Asma, himpunan ini bersempena dengan Muktamar Tahunan Pas kali yang ke -70.


"Semoga kehadiran kita semua akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan. 


Jumpa di sana, insya-Allah. Siiru ala barakatillah," tambahnya lagi.


Beliau menambah, Hamra 3.0 dijangka bukan sahaja menjadi platform perhimpunan, tetapi juga medan untuk memperkukuh ukhwah dan menyemai semangat kebersamaan di kalangan Muslimat Muda PAS dari seluruh negara.

Ulasan