Berlumba-Lumba Lakukan Kebajikan


Oleh : Rohayati Ripin 


KUALA TERENGGANU – Sebagai seorang khalifah dan anggota masyarakat, semua pihak diseru untuk terus berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memperkukuhkan amal makruf nahi mungkar.


To' Puan Hajah Maznah Muftahuddin mempunyai lapan orang anak telah dianugerahkan penghargaan berprestij Tokoh Himpunan Fatimah Az Zahra atas sumbangan cemerlang beliau dalam memajukan masyarakat dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan di negeri Terengganu.


"Saya tak pernah terfikir untuk dapat penghargaan yang tinggi ini kerana ramai lagi lebih cemerlang dan bersungguh-sungguh menabur khidmat kepada masyarakat.


"Namun syukur alhamdulillah saya kembalikan pengiktirafan ini kepada semua sahabat-sahabat yang telah bersama-sama saya selama ini," jelasnya.


Beliau yang tinggal di Kampung Bukit, Chendering merupakan Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.


"Marilah kita bersama-sama mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 


"Hasrat kita adalah supaya generasi yang akan datang dapat merasakan kehidupan lebih baik dalam suasana penuh rahmah," tambahnya yang juga seorang usahawan dan merupakan suri rumah.


Beliau yang merupakan isteri kepada Dato' Haji Ghani Ambak menubuhkan "Skuad Khidmat" semasa menjadi Pengerusi Lujnah Kebajikan Negeri.


Selain itu, beliau turut menubuhkan unit penyiaran "Lubna TV" pada tahun 2018.

Ulasan