BulGem Jenama Usrah Muslimat Muda

 


Oleh : Fatimah Din

Gambar : Wan Noor Afifah Wan Nelang


MARANG - Bulatan Gembira (BulGem) adalah perkataan yang dijenamakan semula daripada perkataan usrah Muslimat Muda (AMEERAH) yang dibuat secara bulatan. 


 Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Norzila Mohamad berkata  gambaran ahli dalam BulGem masing-masing gembira dalam bulatan.


" Dengan perkongsian santai dan kreatif tentang Islam yang meliputi Al-Quran, hadis, akhlak, ibadah dan sebagainya," tambahnya ketika dihubungi hari ini. 


Ustazah Noorzila yang juga Ketua Muslimat PAS Hulu Terengganu mengulas  Program Pelancaran BulGem yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini pada 29 Julai 2024. 



Di majlis tersebut turut diumumkan AMEERAH Cawangan Kelulut sebagai penerima Anugerah BulGem Terbaik 2023 ialah  yang diketuai oleh naqibah Sumaiyah Zakaria dan Fatin Suaidah. 


 Seramai 80 orang peserta    AMEERAH Dewan Undangan  Negeri (DUN) Rhu Rendang telah hadir ke program yang juga diserikan dengan hadiah cabutan bertuah itu. 


Dalam ucapannya, beliau menekankan,  bahawa untuk membina Islam  perlu dimulakan dengan kefahaman dan keikhlasan. 


"Mesti dengan kefahaman iaitu kerja kita ini tidak boleh buat seorang diri, mesti dengan organisasi.


"Dan perlu dengan ikhlas dengan posisi kita, bila ikhlas kita akan merasa nyaman, tenang, sebab buat sesuatu bukan secara terpaksa. 


"Dalam nak laksanakan program, kita perlu Istiqomah untuk menghadirkan diri, niat aku nak istiqomah hadir sokmo BulGem, " jelasnya lagi.

Ulasan