KUALA TERENGGANU - Kekangan kewangan kerana royalti disekat tidak menjadi ‘batu penghalang’ agenda kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan DAN nasib setiap anggota masyarakat terbela.
Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim
berkata, aktiviti dan usaha menyantuni kehidupan rakyat, samada oleh petugas
parti dan kakitangan kerajkaan dalam keadaan, tidak hanya akan menunggu dan
berdiam diri.
"kerana itu kita akan memastikan dalam menghadapi kekangan kewangan tetapi
dari sudut kebajikan tidak akan terhenti dan percaya masih ada cara dan kaedah
(boleh diusahakan) untuk bantu rakyat yang susah.
"Kita akan pastikan rakyat terbela dengan kehidupan yang
selesa,"ujarnya.
Beliau Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Perpaduan Nasional negeri berkata demikian ketika dihubungi, mengulas Program
Jelajah Kebajikan 'Jalinan Kasih, Tautan Budi' yang sedang digerakkan.
Oleh itu, kata beliau, usaha berterusan kerajaan negeri dalam membantu setiap
rakyatnya adalah secara adil dan prihatin terhadap sesiapa sahaja tanpa ada pilih kasih.
"Kebajikan tidka pernah terhenti dan ia merentasi sempadan geografi, politik dan kerana itu kita mengharapkan agar semua agensi-agensi dan jabatan yang ada di dalam negeri ini saling bekerjasama dan membantu apa jua yang dikehendaki rakyat tanpa ada kepentingan peribadi mana-mana pihak," jelasnya.
Justeru itu beliau menyeru semua pihak, meraikan dan mengalu-alukan pelbagai golongan yang ingin tampil mengerakkan agenda kebajikan.
"Termasuk dari golongan mereka yang kurang upaya sepertimana hari ini yang turut bersama dalam program ini ialah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) dan juga Persatuan Orang Kelainan Upaya.
"Dengan penglibatan mereka ini dalam usaha kita menyampaikan bantuan akan turut memberi kesedaran kepada masyarakat jangan pernah rasa diri dengan kekurangan yang dialami dan mereka yang senasib ini akan sedar bahawa mereka juga berperanan dalam masyarakat.
"Bukan hanya dianggap sebagai golongan penerima bantuan semata-mata." katanya.
Ulasan