PRK Nenggiri; Insya-Allah, PN Kekal Menang

 


KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) dijangka.mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung hari ini.


Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman berkata, sambutan rakyat DUN tersebut amat menggalakkan pada setiap program diadakan oleh jentera kempen PN yang dibantu oleh PAS Terengganu Dan Kelantan.

.

"Kibaran bendera dan membunyikan hon setiap kali melintasi kita adalah petanda awal sokongan padu terhadap PAS/Perikatan Nasional di sini." ujar beliau setelah bersama menyertai 'flashmob' sempena kepulangan warga perantau Nenggiri, petang semalam.


Katanya, ramai dalam kalangan warga DUN Nenggiri dan anak perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.


Justeru beliau yakin, gelombang kemenangan di Sungai Bakap bukan lalu akan diteruskan di Nenggiri pula.



"Insya-Allah ini adalah 'Gelombang Rakyat' yang bakal memberi signal sebagai penolakan terhadap PH-BN.


"Doakan untuk kemenangan PAS/PERIKATAN NASIONAL!," tambah beliau.


ADUN Alor Limbat itu turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para petugas Terengganu yang berkampung di DUN Nenggiri.


"Terima kasih semua. Semoga setiap amal yang kita kerjakan mendapat redha dan rahmat daripada Allah Terus berdoa untuk kemenangan kita di Nenggiri." kata beliau lagi.


Ulasan