KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Pusat menghentikan sekatan dan menunaikan tanggungjawab membayar royalti secara tunai kepada Kerajaan Negeri.
Ketuanya,To Puan Hajah Zarani Othman berkata, gesaan itu mencerinkan
kekecewaaan rakyat kepada Persekutuan untuk tindakan segera diambil,, dengan
harapan mendapat perhatian dan penyelesaian yang adil.
“Kerajaan Madani yang ada sekarang dilihat mengambil langkah-langkah
menyusahkan rakyat Terengganu dengan menyekat pembayaran royalti petroleum
sepatutnya diberikan.
“Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, termasuk tuduhan pengurusan
kewangan negeri tidak cekap dan masalah kemiskinan adalah tidak berasas dan
tidak adil,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, royalti ini adalah sumber kewangan penting untuk pembangunan negeri
dan kesejahteraan rakyat Terengganu.
“Royalti petroleum ini bukan sahaja hak yang sah berdasarkan perjanjian antara
Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS sejak tahun 1975, tetapi juga sumber
penting untuk pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
“Tuduhan-tuduhan ini secara tidak langsung menafikan pengiktirafan yang telah
diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam pengurusan kewangan, termasuk
Sijil Ketua Audit Negara “Pendapat Tanpa Teguran” bagi lima tahun
berturut-turut (2018-2022) dan kedudukan teratas dalam Indeks Terbuka
Belanjawan Malaysia (MyOBI) 2022 dan 2024,” ujar beliau.
Tambah Zarani, tindakan menyalurkan wang terus kepada kontraktor tanpa melalui
Kerajaan Negeri dianggap mengetepikan kuasa Kerajaan Negeri dan menimbulkan
masalah dalam pelaksanaan projek.
“Kami menuntut keadilan untuk rakyat Terengganu yang telah dinafikan hak mereka
kali ini.
“Sekatan royalti petroleum ini adalah
satu bentuk penindasan terhadap rakyat Terengganu yang memilih pemimpin bukan
dari kalangan mereka,” katanya.
Oleh itu, beliau menyeru semua petugas agar menghadirkan diri ke setiap program
Jelajah Suara Rakyat yang diadakan di peringkat DUN dan kawasan masing-masing
serta menyokong aktiviti yang dijalankan.
“Marilah kita terus berjuang dan berdoa agar hak rakyat Terengganu
dikembalikan,” tegas beliau.
Ulasan