PAS, Parti Berkebajikan Pilihan Rakyat

 


KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se Malaysia(PAS) adalah sebuah parti yang bertunjangkan  siasah, dakwah dan tarbiyah menerusi kerja-kerja kebajikannya sehingga menjadikannya pilihan rakyat tanpa mengira agama.


Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr. Rosni Adam menjelaskan PAS adalah parti  yang mesra rakyat dengan kerja-kerja kebajikan. 


"Bagaimana kita nak usahakan agar Muslimat PAS boleh menjadi agen dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan, supaya kita mudah diterima oleh rakyat Malaysia.  Dengan ini, mereka bukan saja dapat mengenali PAS malahan menjadi penyokong dan pendokong kepada mata rantai perjuangan PAS.

<img src="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2024/08/DSC_2999-scaled.jpg" alt="" width="2560" height="1707" class="alignnone size-full wp-image-96481" />

Merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Rosni bercakap demikian sebagai ahli panel dalam slot bual bicara 'Talk Show, We Love We Care' Di Himpunan Fatimah Az-Zahra (Himpunan Kebajikan Muslimat PAS Terengganu) di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2024 baru-baru ini.


Himpunan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim turut dihadiri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keperihatinan Sosial Muslimat Terengganu, Zuraida Md Noor dan lebih 400 orang muslimat dari seluruh Terengganu. 


Dalam majlis tersebut juga turut disampaikan Anugerah Tokoh Kebajikan kepada sepuluh orang tokoh Muslimat kawasan - kawasan serta tokoh Kebajikan Muslimat Negeri dan Muslimat Muda. 

<img src="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2024/08/DSC_2982-scaled.jpg" alt="" width="2560" height="1707" class="alignnone size-full wp-image-96482" />

Sementara itu, ahli panel kedua, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Uyun Abdul Malik berkata menerusi Agenda Berkebajikan terbuka ruang yang luas kepada muslimat menyantuni masyarakat dengan lebih dekat, dapat  ziarah rumah ke rumah dan seterusnya mengikat hati-hati mereka. 


"Kebajikan sangat luas bukan hanya ziarah semata-mata, bukan sekadar memberi sumbangan sahaja, kita juga perlu menekankan untuk pembangunan terutamanya ekonomi. 


"Membantu mereka yang terlibat dengan industri kecil menerusi bantuan mesin atau sebagainya  samada bila kita menjadi kerajaan atau tidak, kerja-kerja kebajikan mesti diteruskan," ujarnya lagi. 


<img src="https://buletinonlines.net/v7/wp-content/uploads/2024/08/retouch_2024080720271232.jpg" alt="" width="2160" height="1440" class="alignnone size-full wp-image-96483" />

Di dalam ucapan aluannya, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman berkata kebajikan dalam Islam tertegak di atas dua paksi. 


" Tertegaknya hubungan kita dengan Allah, dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


"Paksi yang kedua, iaitu hubungan sesama manusia, hubungan sesama Islam, sesama jemaah Islam yang merangkumi adab-adabnya, dan juga hubungan dengan masyarakat bukan Islam," jelasnya lagi ketika dihubungi hari ini.

Ulasan