PAS Terengganu Yakin Menang Nenggiri

 


Oleh : Rohayati Ripin


KUALA TERENGGANU - Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, PAS dan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya di Nenggiri pada 17 Ogos nanti.


Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman berkata, Ini merupakan kali pertama parti tersebut berjaya menawan kawasan ini setelah menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya terakhir.


“Kita dah meninjau  di Unit Daerah Mengundi sekitar Nenggiri mendapat sokongan sangat baik.


“Kita atas landasan yang betul untuk kita menang bukan sahaja dengan majoriti  800 undi kita jangka lebih 1000 ataupun 2000,” jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam siding media selepas merasmikan program Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) kali ke dua tahun 2024 di Dewan Serbaguna Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, pada semalam.


Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu Perikatan Nasional (PN), Rizwadi Ismail bersama calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.


"Alhamdulillah, saya telah dua kali mengunjungi Nenggiri, dan kita dapat melihat bahawa walaupun sebelum ini PAS dan PN tidak pernah menang, dalam pilihan raya terakhir, Bersatu yang menggunakan lambang PAS berjaya memenangi kerusi tersebut, dan kini pilihan raya baru diadakan.


“Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku dengan calon  yang kita pilih anak muda tempatan , umur 41 tahun.


“Kekuatan kita oleh kerana kita berada di Kelantan . Kelantan jentera bagus bergerak lebih awal 20 hb turun jadi kami lepas penamaan calon kita hantar jentera Terengganu  dengan kekuatan 30 orang,” ujar beliau.


Beliau menambah, pada hari pengundian yang mana negeri Terengganu meraih undi di UDM Renok dan Perasu kemungkinan dijangka lebih ramai yang hadir untuk membantu memberi sokongan.


Dalam rekod, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu PAS menang  sebanyak 6,517 manakala BN 5,707 dengan majoriti 810.

Ulasan