PRK DUN Nenggiri; Sokongan Terhadap Calon Perikatan Nasional


 PAS menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Saudara Mohd Rizwadi Ismail, calon terbaik yang dipilih bagi mewakili Perikatan Nasional dalam pilihan raya kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri.


2. Pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran.


3. Berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang telah teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Saudara Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon Perikatan Nasional, seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri.


4. Justeru PAS telah menggerakkan jentera parti di peringkat Negeri Kelantan dan seluruh negara bagi memenangkan Saudara Rizwadi, yang akan menggunakan lambang ‘Bulan’ dalam PRK ini, dan diharapkan proses penamaan calon dan tempoh berkempen akan berlangsung secara matang, adil dan saksama.


“Pertahan Nenggiri, Undi Bulan”


ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS


Bertarikh: 27 Muharram 1446H / 2 Ogos 2024

Ulasan