Qunut 'Nazilah' Pada Rakaat Akhir Solat Fardu


 KUALA NERUS - Umat Islam disaran membaca qunut 'nazilah' selepas rukuk pada rakaat akhir, setiap waktu solat fardu, bagi memohon pertolongan Allah, menjayakan perjuangan yang sedang ditempuhI penduduk Palestin khususnya di Gaza, sekarang.


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal berkata, solat jenazah ghaib akan turut diadakan keatas almarhum assyahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh oleh rejim zionis Israel 


"insya-Allah kita akan membaca qunut nazilah pada semua solat fardu esok dan solat jenazah ghaib selepas solat isyak pada pada malam ini,


"semua jamaah dijemput hadir," ujar  beliau.


Ustaz Muzaihar berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jamek Tok Jiring, di sini hari ini.



<strong>Peristiwa Bi`rul Ma`unah</strong>


Menurut beliau, RasulUllah SAW membaca qunut nazilah, setelah  berlakunya Peristiwa Bi`rul Ma`unah


Dalam sirah baginda, kata beliau, seorang yang bernama Abu Barra` bin Malik yang tidak menerima pelawaan masuk Islam namun tidak menunjukkan pertentangan meminta kepada Nabi SAW untuk menghantar wakil ke Najad untuk mengajarkan mereka Islam. 


"Pada awalnya Baginda menyatakan kebimbangannya jika para Sahabat yang dihantar akan diapa-apakan oleh mereka namun Abu Barra memberi jaminan akan melindungi mereka."


"menurut riwayat al-Bukhari, nabi SAW menghantar 70 orang Sahabat untuk mengajar Qabilah Najad al-Quran dan hukum Islam yang diketuai oleh al-Munzir bin Amru.


"Sampai di Bi`r Ma`unah, Hiram bin Mulhan diutuskan untuk membawa surat Rasulullah kepada `Amir bin Tufail. Malangnya Amir bin Tufail telah membunuh Hiram bin Mulhan dan mengarahkan pengikutnya membunuh baki para Sahabat RA. 


"Ajakan tersebut diterima oleh Qabilah Ra`al dan Zakwan lalu mereka menyerang dan membunuh kesemua para Sahabat." jelasnya.



Kejadian itu, katanya, hanya disedari apabila dua orang Sahabat iaitu Amru bin Umayyah dan Munzir bin Uqbah yang melalui kawasan tersebut terlihat burung yang banyak berterbangan di kawasan tersebut. 


Katanya, apabila mereka sampai terlihat mayat bergelimpangan dengan kuda-kuda yang berdiri menunggu. Munzir bin Uqbah juga syahid apabila cuba menuntut bela atas kejadian tersebut manakala Amru ditawan dan dibebaskan.


"Amru bin Umayyah pulang untuk memaklumkan kepada Baginda akan kejadian ini. Dalam perjalanan terserempak dengan dua penduduk Qabilah Bani Amir yang sedang nyenyak tidur lalu dibunuh kerana menyangka mereka juga terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut. 


"Perbuatan Amru ini diselesaikan oleh Baginda dengan membayar diat kepada Bani Amir.


Oleh itu menurutnya lagi, peristiwa Bi`r Ma`unah telah menimbulkan perasaan kekesalan dan kesedihan yang amat mendalam dalam hati Baginda walaupun baru sahaja kehilangan Sahabatnya dalam Perang Uhud. 

"Sempena kejadian ini Baginda berdoa (Qunut Nazilah) selama 30 hari berturut-turut mendoakan kebinasaan qabilah yang terlibat membunuh para Sahaba Antaranya Qabilah Ra`al, Zakwan dan Lihyan." ujar beliau lagi.


Justeru, Ustaz Muzaihar menanbah, doa qunut nazilah merupakan satu senjata, doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah yang besar Dan tidak dapat berbuat apa-apa.


"seperti yang perang meninpa saudara-saudara kita di Gaza, di Palestin, kita tak boleh berbuat apa-apa, melainkan berdoa Dan bermunajat kepada Allah," kata beliau 

  


Ulasan