Royalti Isu Bersama Rakyat Terengganu


 DUNGUN -  Penafian bayaran royalti petroleum kerajaan Persekutuan kepada Terengganu adalah isu bersama seluruh rakyat negeri ini bukan sekadar kempen politik Parti Islam Se-Malaysia(PAS).

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Naraza Muda berkata ianya akan memberi satu kesan langsung pada warga penduduk dan masyarakat khasnya Negeri Terengganu kerana peruntukan-peruntukan menjadi perlahan. 

"Projek-projek kampung menjadi perlahan, banyak  program-program kebajikan yang selama ini dibuat oleh kerajaan negeri terjejas bukan sedikitlah sebahagian besarnya akan terjejas, contoh i-fitri, i-belia, lesen motosikal percuma(Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera), Kad Sejahtera untuk warga  emas, pencen rakyat dan banyak lagi,"jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika Program 'Hit and Run'  yang diadakan di Tapak Pasar Malam Paka di sini pada Rabu, 21 Ogos.

Menurutnya program yang diadakan di 32 DUN di Terengganu untuk memberi penerangan kepada rakyat. 

Sementara itu ketika dijemput dalam Program Solat Hajat dan Munajat Muslimat PAS DUN Rantau Abang yang diadakan di Surau Raudah As Sakinah, Jalan Intan di sini pada 24 September beliau menjelaskan, pada tahun 2022 ketika Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Perikatan Nasional,  telah menyerah royalti sepenuhnya kepada Kerajaan Terengganu .


  " Menteri BESAR (MB) Terengganu , Ir Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bukannya buat projek-projek megaa tau bangunan-bangunan tinggi, hasil rakyat ini, MB hendak menyalurkan terus kepada rakyat, sehinggakan rakyat menerima pencen, suatu kita tidak pernah dengar rakyat Terengganu mendapat pencen sebanyak RM600 setahun," jelasnya.

.

Ulasan