"Saya Sempat Ambil Beg Kerja dan Fail Surat Beranak Sahaja"

 


DUNGUN- Mangsa rumah terbakar di Kampung Santong dekat sini, hanya sempat menyelamatkan beg kerja dan fail surat beranak sahaja sebelum api merebak dengan cepat.

Yusniza Binti Nasir, 41, berkata hanya kereta Myvi sahaja yang sempat diselamatkan, itu pun dengan bantuan orang ramai yang segera bertindak mengalihkannya ke tempat lebih selamat.

"Kunci-kunci motor semua saya pun tak sempat ambil. Mujurlah orang ramai datang membantu mengangkat ramai-ramai kereta myvi ni, kalau tak habis hangus juga macam sebuah kereta dan dua buah motor itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan dengan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Satiful Bahri Mamat meluangkan masa untuk menziarahi kedua-dua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran, yang berlaku pada Jumaat lalu.


Katanya, buat sementara, mereka akan ditempatkan di rumah transit yang telah disediakan oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Paka sementara proses pembinaan rumah baru dibangunkan.

"Maklumat-maklumat bantuan yang berkaitan dalam perhatian belaka dah. InsyaAllah semoga mereka kuat dan sabar mengharunginya," ujarnya yang juga ADUN Paka dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu.

Menurutnya, kejadian yang mendukacitakan tersebut, dua rumah semi-D musnah dijilat api dan hanya meninggalkan bahagian kawasan depan, sementara punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau berharap tuan rumah sekeluarga bersabar menerima ujian tersebut daripada Allah dan bagi pihak pihak kerajaan, berkongsi rasa berdepan dengan ujian besar  itu.

"Saya ucapkan takziah kepada dua keluarga yang menjadi mangsa rumah terbakardan inya-Allah kita mengatur apa-apa bantuan yang sesuai," tambah beliau.

Ulasan