Tidak Bertahan Jika Menentang Parti

 


KUALA TERENGGANU - Mana-mana ahli PAS yang menentang arahan dan kepimpinan parti, tidak akan dapat bertahan, akhirnya gugur dalam. perjuangan Islam. 


Mantan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, berkata demikian mengingatkan anggota parti Islam itu supaya tidak mencabar kewibawaan pemimpin atau perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PAS. 


"Kedudukan seseorang itu akan tenggelam atau akan hilang pengaruhnya jika dipecat dari menjadi ahli PAS, bagaimana kita nak menyatukan PAS, jangan tinggal syura,. 


"Apa keputusan yang dibuat mesti wala' pada pimpinan, maksudnya tidak ada sesiapa pun yang dapat bertahan jika menentang parti," ujarnya.



Pesanan tersebut disampaikan ketika kunjungan Sidang As-Sabiqun bersama Lajnah Arkib PAS Dungun ke rumah kediaman anaknya di Kuala Ibai, di sini pada 5 Ogos. 


Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Pa itu, pernah memenangi kerusi Parlimen Dungun dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004. 


Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah mengetuai rombongan yang turut disertai Dewan Harian PAS Dungun serta AJK Muslimat  Dungun.

 

Menurut Ustaz Wan Hassan, Cikgu Pa juga merupakan mantan Yang Dipertua PAS Dungun, banyak nasihat, jasa dan bimbingan beliau semasa bersama PAS Dungun.


"Jutaan terima kasih kepada Cikgu Pa kerana telah banyak membimbing dan memberi nasihat kepada kami dalam PAS Kawasan Dungun ini. Dan terima kasih sekali lagi diatas kesudian menerima kunjungan kami. 


"Didoakan semoga Cikgu Pa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT," katanya.

Ulasan