Bola Sepak Platform Persaingan Dan Perpaduan

 


KUALA TERENGGANU - Sukan bola sepak bukan sahaja berfungsi sebagai platform persaingan yang kompetitif, tetapi juga sebagai medium utama dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.


Naib Yang Dipertia PAS Setiu, YB Azmi Maarof berkata, Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang berlangsung di Kampung Bukit semalam berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan dan perpaduan, mengukir satu lagi sejarah dalam kalendar sukan rakyat sekitarnya. 


Katanya, kejohanan ini disertai oleh pasukan dari pelbagai kampung yang berentap dengan penuh semangat dan keazaman untuk merebut kejuaraan.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan.


"Pada hari ini, kita bukan sahaja menyaksikan permainan bola sepak yang penuh aksi, tetapi juga ukhwah dan perpaduan yang terjalin erat di kalangan komuniti," jelasnya dalam laman sosialnya.


Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah kepada JPKK Kampung Bukit dan JPKK Tayor Tengah selaku penganjur, pasukan yang bertanding, para sukarelawan, serta penyokong yang sentiasa memberi dorongan kepada kejohanan ini.



Ulasan