Menteri Dalam Negeri Salah Guna Kuasa, Cetuskan Kebencian Politik


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kecewa terhadap sikap Menteri Dalam Negeri (MDN) yang menyalahgunakan kuasanya bagi menanam kebencian rakyat Malaysia terhadap seteru politiknya.

Ketuanya, Ustaz Harun Esa berkata, politik propaganda yang cuba dimainkan oleh Saifuddin Nasution yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan merupakan satu sikap yang tidak professional dalam mentadbir kerajaan.

"Sepatutnya ulasan berkaitan politik cukup sekadar melalui saluran parti politik tanpa menggunakan kementerian, akan tetapi mungkin kerana ingin dilihat hebat oleh partinya, beliau telah menyalahgunakan kementerian bagi membuat ulasan,

"Adakah Saifudin ingin mengatakan "ikut suka akulah, ini kementerian aku punya" seperti mana "ini kerajaan kami, ikut suka kami lah" dalam mentadbir kerajaan hari ini." soal Harun.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam.

Sepatutnya, tambah beliau, cukup sekadar menggunakan kepala surat Pakatan Harapan (PH) bagi memberi ulasan berkaitan politik.

"apakah rasional beliau sanggup menggunakan kementerian? Adakah sebab PH tidak mengiktirafnya sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan?

"Adakah PH sudah diharamkan di Malaysia sehingga tiada kepala surat PH?," soal beliau lagi.

Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam, kata Harun, sepatutnya beliau sedar bahawa tindakan membuta tuli dalam mentafsir kenyataan Presiden PAS.

"ia adalah satu tindakan yang cuba mencetuskan keharmonian Negara. 

"Jika benar Presiden PAS telah melanggar undang-undang dengan mengkritik kerajaan yang dikatakan menjaga hak untuk rakyat bebas bersuara selama ini dijulang benar,

"Maka, sebenarnya tindakan Menteri Dalam Negeri sendiri tidak menghormati hak bersuara rakyatnya,' ujar beliau.

Justeru itu, tegas beliau, DPPNT menyeru rakyat Malaysia agar dapat menolak politik propaganda yang dibawa oleh kerajaan hari ini.

Ulasan