Musuh Serang PAS Cuba Gugat Keyakinan


Oleh : Rohayati Ripin 


KUALA TERENGGANU – Musuh-musuh PAS dan Perikatan Nasional (PN) melancarkan serangan demi serangan terhadap pemimpinnya dalam cubaan menghakis keyakinan pengundi Melayu terhadap parti itu, tetapi berlaku sebaliknya.


Naib Presiden PAS, YB Dato Ustaz  Idris Ahmad berkata, prestasi negeri-negeri dipimpin PAS, khususnya di bawah pentadbiran SG4, menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kepimpinan Umno dan Pakatan Harapan (PH).


Oleh itu, kata beliau, PAS menjadi sasaran utama serangan daripada pelbagai pihak, dengan tujuan melemahkan pengaruhnya terutama dalam kalangan orang muda. 


“PAS merupakan parti terbesar dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), telah berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan menguasai sokongan orang Melayu dan anak muda, menyebabkan ia menjadi ancaman kepada parti-parti lain. 


“Serangan terhadap PAS, yang merupakan tonggak utama Perikatan Nasional (PN), adalah kerana PAS memiliki kedudukan yang kuat sebagai parti besar dalam gabungan tersebut dan PAS menguasai undi-undi orang melayu serta anak-anak muda.


“Mereka serang tujuan menjauhkan orang daripada  PAS,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.


Justeru itu beliau bersyukur, PAS bersama parti-parti komponen PN masih utuh dan mampu menangkis semua serangan terutamanya daripada PH dan Umno.


"Mereka tahu bahawa PAN pun tidak boleh mengganti, mengambil tempat PAS dalam mengaut sokongan orang melayu.


"Maka dengan sebab itu mahu tak mahu mereka mesti serang dan lumpuhkan PAS, namun tidak berkesan," tambah beliau.


Dalam pada itu, beliau berharap  ahli dan juga penyokong PAS, mesti teguh dan istiqamah dengan prinsip perjuangan serta sentiasa bersiap siaga sepanjang masa.


"setiap maklumat yang hendaklah disampaikan hendaklah dari fakta yang betul dan sumber rasmi parti." tegas beliau 

Ulasan