Siasat Dan Ambil Tindakan Tegas


Oleh : Muhammad Safwan Bin Mohd Sukeri


BESUT - Dewan Pemuda PAS Besut menyeru pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mengenai isu pensijilan halal.


Ketuanya, Hakim Zulfikri, menyatakan bahawa kenyataan Kok boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam mengenai pensijilan halal.


"Kenyataan Teresa Kok ini telah menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan golongan majoriti negara ini. 


"Sepatutnya usaha JAKIM untuk mewajibkan premis makanan memiliki sijil halal dipuji kerana lebih menjamin untuk rakyat Malaysia mendapatkan makanan yang bersih dan baik," jelasnya.



Beliau berkata demikian selepas Balai Polis Kampung Raja, pada semalam.


Justeru itu, beliau menegaskan bahawa tindakan segera perlu diambil untuk memastikan bahawa semua peraturan dan prosedur pensijilan halal dipatuhi dengan ketat, serta untuk menjaga kepercayaan masyarakat terhadap sistem pensijilan tersebut.

 

Hakim menambah, laporan Polis dibuat berkaitan tindakan Teresa Kok yang memuat naik tulisan di laman sosialnya berkata, jika pensijilan halal ini diwajibkan, ia bukan sahaja akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, malah mungkin memalukan negara kita di peringkat antarabangsa.


"Saya berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan dan tindakan yang sepatutnya kepada Teresa Kok supaya selepas ini tiada yang mengeluarkan kenyataan yang memberi kebimbangan kepada mejoriti rakyat Malaysia," tambah beliau.

Ulasan