Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu - Lebih 5,000 Hadir Mendengar Ucap Utama Presiden


Kemaman – Lebih 5,000 orang hadir di majlis perasmian Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu Kali Ke 12 (IKPT-12) yang dilangsungkan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Jalan Abdullah, Chukai, dekat sini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah memberikan Ucaputama bertajuk ‘PAS Untuk Semua : Pengahayatan dan Tuntuta‘ seterusnya membuka secara rasminya IKPT-12

Dalam ucapannya Dato’ Seri Tuan Guru telah menggariskan enam perkara utama bagi memastikan PAS relevan menjadi sebuah parti yang dominan yang akan dapat menjadi tunjang perjuangan Ummah.

“Saya akan cuba untuk berbicara dengan saudara saudari sekalian, enam perkara utama dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang dominan dan mampu menggarap perjuangan ummah,

“sehingga PAS dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dan nasional malah diterima umum oleh masyarakat antarabangsa,

“Pertama; sokongan politik orang Melayu kepada Islam, PAS dan Pakatan Rakyat (PR), Kedua; Pencapaian PAS semenjak 25 tahun. Ketiga; Peranan kita. Keempat; PAS adalah untuk semua. Kelima; Komitmen PAS. Keenam; Tuntutan dan arahan,” ujar Dato’ Seri Tuan Guru

Beliau turut menggariskan lima peranan yang perlu diambil oleh setiap orang dalam usaha memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat dalam menegakkan kesejahteraan.

"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berperanan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Iaitu menyediakan sumber-sumber untuk menguatkan diri dan jamaah agar kita dapat menjalankan khidmat untuk menegakkan kesejahteraan,"kata beliau

Menurutnya lima perkara tersebut adalah, mengukuhkan organisasi parti, menguruskan institusi-institusi , mengukuhkan persiapan tarbiah, memperkasakan persiapan gerakan dan peranan dalam pemerintahan.

Teras kepada ucapan beliau, selaras dengan tema PAS untuk semua adalah senarai lapan asas yang sedia wujud dalam PAS yang meletakkan PAS sebagai media penyelesai kepada masalah domestik dan global.

Transkrip Ucap Utama Penuh Presiden Boleh Dibaca Di sini



Urusan Dengan Kerajaan Negeri Kedah Hanya ‘Atas Meja’

Kemaman – Semua urusan dengan kerajaan negeri Kedah sekarang hanya dijalankan ‘atas meja’ tidak dilaksanakan secara ‘bawah meja’ sebagaimana yang diamalkan kejaan UMNO/BN

Menteri Besar Negeri Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak menyatakan ketika berucap dalam majlis Ceramah Perdana Sempenan Ijtima’ Kepimpinan PAS yang diadakan di Mak Chili, dekat sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan Kedah sudah mengambil tindakan menjalankan penyiasatab keatas dua syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) begeri Kedah yang melakukan tindakan menyalahgunakan kuasa.

Dengan merujuk kepada lapran akhbar perdana hari ini, beliau berkata sebuah syarikat telah membayar sebanyak RM1.825 juta untuk sebuah skrin video yang apabila disemak harga sebenarnya adalah RM1.035 juta

Menurutnya kerajaan Kedah telah melaksanakan tender terbuka dalam pengeluaran balak, dimana baru-baru ini, kerajaan memperolehi hasil sebanyak RM16.3 juta dari kawasan balak seluas 1000 hektar.

Katanya sebelum itu, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan, kawasan balak seluas itu hanya memberi hasil sebanyak RM3 juta kepada kerajaan negeri akibat amalan pemberian ‘anugerah’ oleh kerajaan UMNO/BN.

Mengulas lanjut tentang dasar-dasar baru kerajaan PAS negeri Kedah, beliau berkata kerajaan Kedah memberhentikan semua projek pembangunan yang dijalankan diatas tanah ‘bendang’.

Beliau berkata demikian adalah untuk menjamin kecukupan pengeluaran makanan kepada rakyat negeri Kedah.

Ustaz Azizan juga berterima kasih kepada PAS Terengganu keana banyak memberikan sumbangan kepada PAS negeri Kedah yang membawa kepada kemenangan negeri Kedah pada pilihanraya umum yang lalu.

Beliau berkata kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan Kedah bukan hanya usaha orang Kedah, tetapi sumbangan berterusan dari PAS negeri Terengganu.

“Daripada tahun 1999 hingga kepada tahun 2008, Terengganu terus memberi sumbangan kepada negeri Kedah,

“Presiden PAS, Pesuruhjaya dan Pemimpin Terengganu datang ke negeri Kedah untuk membantu Kedah mencapai kemenangan,”katanya.

Beliau berharap PAS Terengganu akan mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Ulasan