Benteng Tidak Akan Berfungsi, Kedudukan Tanah Sama Sungai Nerus

- Pusu Tiga Hanya Umpama Palestine Dikelilingi Tembok
KUALA NERUS – Pembinaan Benteng Tebatan Banjir di sekeliling Taman Pusu Tiga Gong Badak disini tidak akan dapat menghalang air membanjiri kawasan perumahan tersebut.

Ia adalah kerana, kedudukan Taman perumahan itu yang sama arasnya dengan Sungai Nerus.

”Apabila Sungai Nerus dilimpahi air, tidak boleh dielakkan, kawasan Perumahan Pusu Tiga turut dinaiki air,”kata seorang penduduk tempatan Wan Halim Wan Endut.

Beliau yang ditemui semalam berkata, penduduk Pusu Tiga hanya akan jadi umpama rakyat Palestine yang hidup dikelilingi tembok.

Apabila diajukan persoalan tentang cadangan kerajaan Umno/BN Terengganu berhasrat meletakkan sebuah pam air yang akan menyedut air keluar, beliau menyoal kembali,”berapa besar pam air itu?”

”Bolehkah pam itu mengepam air Sungai Nerus,”soalnya lagi dan menambah, perbelanjaan bagi pembangunan benteng tersebut sebanyak RM6 juta akan menjadi satu pembaziran wang rakyat.

Beliau yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Permint Makmur bersebelahan Pusu Tiga, mengesyakki sesuatu yang tidak kena apabila kerajaan meluluskan pembinaan benteng itu.

Penduduk Taman tersebut mencadangkan supaya kerajaan membina satu takungan atau kawasan tadahan air yang baru dan lebih terancang bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

”Sebaliknya, Menteri Besar tiba-tiba mengumumkan pembinaan benteng tersebut yang katanya sebagai ‘tebatan banjir sementara’,”katan Wan Halim

Berita Berkaitan;
Penduduk Pusu Tiga Cadang Kerajaan Bina Kawasan Tadahan Air

Ulasan