Syarikat milik Ketua Pemuda Umno gagal siapkan bangunan sekolah ikut jadual

KUALA NERUS - Tarikh tamat tempoh siap bangunan pada 11 April 2011 telah lima bulan berlalu, namun pembinaan bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring di sini, belum siap.

Bahkan, apa yang dibimbangi adalah, projek Kementerian Pelajaran bernilai RM 22,935,351.60 itu akan menjadi satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang 'tergendala dan terbengkalai'.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi mendapati, tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan bangunan sedang dilakukan.


Sejak berita berkaitan bertajuk "Tarikh sudah tamat tempoh, bangunan belum siap lagi', yang diterbitkan Buletinonline pada 17 April lalu, tiada sebarang perubahan dalam pembinaan sekolah tersebut

Menurut sumber maklumat yang dipercayai, kontraktor projek terbabit M.Z.Hakujaya Sdn Bhd telah menjual projek berkenaan kepada sebuah syarikat bukan bumiputera yang berasal dari negeri Perak.

Selain projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, yang dibina dibelakang Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, M.Z.Hakujaya juga di laporkan telah menjual projek pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Ke Kg. Tok Kong Ke Kg. Bukit Guntong.

Ulasan