Pemilik tanah saman syarikat kuari RM3 juta

Kuari&Temala 006KUALA NERUS – Sekurang-kurangnya enam pemilik tanah telah mengemukakan tuntutan terhadap syarikat yang menjalankan operasi kuari di Bukit Batu Hampar bersebelahan kuari Bukit Jong, mukim Kuala Nerus, Jalan Kelantan dekat sini.

Menurut sumber, pemilik tanah terbabit menuntut ganti rugi atas, pencerobohan dan kerosakan tanah serta kerosakan tanaman yang terdapat diatas tanah mereka ekoran aktiviti kuari tersebut.


Kuari terbabit, yang asalnya diluluskan kepada kepada sebuah syarikat milik kepada seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, dilaporkan telah dijual kepada sebuah syarikat pembinaan.

Pembukaan semula kuari terbabit sejak tahun 2009 telah menyebabkan banyak masalah kepada penduduk sekitarnya.

Kuari tersebut yang telah ditutup sejak 20 tahun lalu, mengakibatkan debu, kerosakan kawasan pertanian, tanah-tanah perseorangan diceroboh, adaah antara masalah yang dihadapi oleh peduduk.
Syarikat kuari terbabit turut memohon tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, menambahkan keluasan daripada 9 hektar kepada 37 hektar.

Seluas 12 hektar tanah milik kerajaan negeri dan 16 hektar tanak milik orang ramai telah dicadangkan untuk diberi kepada syarikat kuari itu.

Sumber tersebut berkata, sehingga kini, taksiran tuntutan atas kerosakan tanah dan tanaman yang dibuat oleh pemilik tanah individu telah mencecah RM3 juta.

Ulasan