16 Februari 2008

Pengundi “hantu” jangan datang ke Terengganu – Presiden PAS


Kuala Terengganu, 13 Feb – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menasihat para pengundi luar yang bukan orang Terengganu dan tidak ada kena mengena dengan politik di Terengganu, supaya jangan datang untuk mengundi di Terengganu.

Nasihat ini disampaikan oleh Dato’ Seri dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu sejurus selepas Perdana Menteri mengisytiharkan pembubaran parlimen, tengah hari ini.


“Kita nasihat kepada pengundi-pengundi luar(hantu) jangan ‘mari’ (datang), saya memberi isyarat awal supaya pengundi-pengundi luar(hantu) jangan datang ke Terengganu. Mudah-mudahan mereka faham, bila saya kata jangan datang itu mereka akan faham apa maknanya jangan datang” kata Dato’ Seri.

Nasihat itu dibuat kerana cawangan-cawangan PAS diseluruh negeri Terengganu telah mengenalpasti mereka dan kedatangan mereka adalah tidak diperlukan.

Menurut beliau lagi, PAS memasuki pilihanraya umum(PRU) yang ke 12 pada kali ini adalah untuk menghidupkan demokrasi dan untuk sebuah pilihanraya yang bersih. Dengan itu PAS akan menentang segala bentuk pennyelewengan yang berlaku didalam pilihanraya, termasuk perkara yang berkaitan dengan pengundi hantu.

Suruhanaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa jumlah pengundi yang berdaftar di Terengganu adalah 500,000 orang. Ia adalah satu jumlah yang tidak munasabah, berbanding jumlah keseluruhan rakyat Terengganu.

“Maknanya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun juga boleh mengundi” kata beliau.

Walau bagaiman pun Dato’ Seri Presiden PAS menyatakan bahawa PAS mempunyai peluang yang lebih baik pada PRU kali ini. PAS akan memberikan tumpuan kepada negeri Terengganu dan Kedah, selain mempertahankan kemenangan di Kelantan.

Beliau juga mengatakan bahawa Barisan Alternatif(BA) telah bersedia menghadapi pilihan raya ini lebih awal lagi. Keseluruhan perbincangan antara PAS dengan PKR juga telah selesai termasuk dalam masalah calon. Beliau menegaskan PAS meletakkan separuh dari calon-calon PRU akan datang adalah terdiri dari muka baru.

” 50 peratus muka baru, InsyaAllah. Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat telah meluluskan semua nama-nama calon kerana setiap calon PAS mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat untuk dilihat dari segi akhlaknya, moral dia dan maruah dia, dari segi ilmu dia dan pengaruh dia di kalangan rakyat,

“Jika ada apa-apa masalah, majlis syura akan membatalkan calon itu. Kemudia, baru di bawa kepada pimpinan pusat untuk meluluskan.

Alhamdulillah, bagi pihak pusat saya membuat kenyataan bahawa kita telah siap semua senarai calon-calon itu”.

Mengulas persoalan para wartawan berkenaan peluang PAS di Terengganu, berikutan dakwaan Idris Jusoh bahawa UMNO/BN telah mendapat sokongan sebanyak 66%, Dato’ Seri Presiden PAS yakin bahawa majoriti rakyat Terengganu masih bersama dengan PAS. Walaupun pada tahun 2004, UMNO/BN menang, namun kemenangan mereka adalah melalui pilihanraya yang tidak ‘bersih’.

“Dia (UMNO/BN) yakin dengan ‘penipuan’ dan kita (PAS) yakin dengan rakyat. Kita yakin rakyat Terengganu masih bersama dengan kita. Majoriti rakyat Terengganu masih lagi bersama dengan PAS. Tetapi mereka (BN) menang dengan undi penipuan dan bersama-sama dengan amalan demokrasi yang tidak sama rata” jelas Dato’ Seri Tuan Guru.

Pada PRU ke 12 kali ini, PAS akan bertanding lebih 60 kerusi parlimen dan lebih 200 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). PAS akan berusaha sekurang-kurangnya dapat 40 kerusi parlimen.

BA yakin akan mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dengan ‘merobohkan’ kerusi-kerusi UMNO kerana sehingga kini UMNO adalah tulang belakang kepada politik BN.

Bila ‘kerusi’ UMNO telah kurang, walau pun PAS tidak menang di seluruh negara, akan berlaku satu perubahan politik yang besar.


‘Laksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh’ – SU Perhubungan PAS Terengganu

Kuala Terengganu, 13 Feb – Rakyat menganggap pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah tengah hari ini adalah ‘satu cakap bohong UMNO/BN’ setelah Pak Lah menafikannya lewat semalam, walaupun ramai yang sudah maklum pengumuman pembubaran tersebut akan dibuat pada hari ini.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Hj Yahaya Ali berkata memang perangai UMNO/BN sering memutarbelitkan sesuatu perkara, walaupun perkara tersebut sudah sah kebenarannya.

Beliau yang ditemui oleh Buletin Online petang ini menyeru kepada semua para petugas PAS dan BA untuk melaksanakan tugas-tugas pilihanraya dengan bersungguh-sungguh.

“Kita telah menunggu saat ini sejak empat tahun lalu, maka sekarang tiba masanya untuk kita bekerja bersungguh-sungguh,

“Pengundi adalah pelanggan kita, segala daya dan usaha hendaklah ditumpukan kepada mereka. Kita tawarkan mereka untuk sebuah kerajaan yang berkebajikan, yang lebih cakna rakyat, bukan kerajaan yang ‘projek’ sebagaimana UMNO/BN sekarang” kata Hj Yahaya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengarahkan seluruh jentera pemuda untuk menyahut ‘gendang’ perang pilihanraya dengan munajat dan kerja-kerja secara mujahadah dan jamaah.

“Yang pertama, seluruh pemuda PAS Negeri Terengganu memulakan kerja pilihanraya dengan menunaikan solat hajat setiap malam di markaz masing-masing untuk memohon keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT,
“Seterusnya dalam masa yang sama, semua pemuda PAS menggerakkan jentera pemuda dengan gerakkerja bersifat masyarakat secara berjamaah”


Bagi negeri Terengganu, PRU ke 12 kali ini dijangka menjadi satu pilihanraya yang ‘sengit’ kerana kedudukan UMNO/BN Terengganu yang goyang disebabkan perpecahan dalaman merebut kedudukan untuk menjadi calon dan kerajaan Terengganu yang melakukan pembaziran dan penyelewengan berbilion ringgit dengan projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat Terengganu.




Bubar Parlimen : Abdullah tidak layak dipercayai lagi


KUALA LUMPUR
, 13 Feb (Hrkh) -Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap pembubaran Parlimen hari ini menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak dipercayai lagi.


Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.


Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.


Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.


Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".


Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.


Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.


"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Download Poster PRU

Cukai Pintu
BN Bohong
Arak
Barang Naik

Beratus-ratus Pengunjung Perkampungan Hadhari Tidak dapat menunaikan Solat Jumaat


Kuala Terengganu, 3 Feb - Kegagalan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT) memakmurkan Masjid Kristal di Pulau Wan Man mengakibatkan beratus-ratus pengunjung tidak menunaikan solat Jumaat pada hari perasmian program perkampungan hadhari.

Sehingga semalam, tidak kedengaran laungan azan dan tidak ditunaikan solat berjamaah lima waktu serta tidak ada kakitangan pihak JHEAT yang bertugas di masjid tersebut. Justeru terpengaruh dengan propaganda iklan televisyen perkampungan hadhari yang menyebut tentang solat, beratus-ratus pengunjung pada pagi Jumaat berpusu-pusu ke masjid tersebut apabila hampir masuk waktu solat Jumaat.

Namun orang ramai berasa hampa setelah mendapati bahawa masjid yang dibina dengan duit rakyat berharga RM27 juta itu tidak dilaksanakan solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjamaah. Perdana Menteri yang merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) semalam juga tidak berkunjung ke Masjid Kristal. Pak Lah yang pernah menjadi imam sembahyang, sepatutnya mengambil peluang untuk bersembahyang bersama-sama rakyat di masjid tersebut.

Masjid Kristal bukan sebuah ‘masjid’ ?

Keadaan ini menguatkan lagi kontroversi dan membenarkan anggapan ramai bahawa Masjid Kristal bukanlah sebuah masjid. Ia hanyalah sebuah bangunan yang dinamakan sebagai ‘masjid’ untuk tujuan pelancongan semata-mata. Ia dinamakan ‘masjid’ bagi memperkuatkan tarikan kepada taman tema TTI. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Terengganu tidak menyenaraikan Masjid Kristal sebagai sebuah masjid sebagaimana senarai masjid-masjid yang terdapat didalam laman rasmi E-Khutbah JHEAT.

Bagaimanapun, menurut sebuah papantanda besar yang terpampang di dalam TTI, Masjid Kristal akan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8hb Februari, 2008. Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Kerjaan Negeri berkaitan perkara tersebut. tidak seperti majlis perasmian TTI, yang dipromosikan secara besar-besaran.

Carian BuletinOnline mendapati bahawa bahagian siaran media kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda akan merasmikan Masjid Kristal pada 8hb Februari, pada jam 8 malam. Acara perasmian ini juga diluar kebiasaan sebagaimana perasmian masjid-masjid yang pernah dibuat oleh Sultan Mizan. Menjadi kebiasaan al-Sultan apabila merasmikan sesebuah masjid, majlis akan dimulakan sebelum solat Jumaat dan baginda akan turut bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat berjamaah.



Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal

Seorang pelancong asing datang melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid

Kristal. Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila

melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut. Kenapa jadi begitu?

Masjid yang menghabiskan duit rakyat jutaan ringgit namun tidak boleh ditunaikan solat Jumaat.

Mungkin video klip ini akan menjadi satu peringatan buat kita semua dan tanda amaran buat Idris Jusoh

Klik Sini Untuk Download Video Klip

12 Februari 2008

Pengetua asyik berpolitik, pelajar perempuan bertumbuk

Dungun, 11 Feb - Usaha untuk memartabatkan pendidikan dan sahsiah pelajar tidak akan tercapai sekiranya pihak sekolah khususnya pengetua atau guru besar mementingkan kedudukan dalam politik.
Akibat terlalu asyik berpolitik dan mencari tempat untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini tidak mengambil berat disiplin pelajar.

Pengetua yang dikatakan melobi untuk menjadi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura itu telah mengabaikan tanggungjawab sejak dahulu lagi.

Buletin Online dimaklumkan, banyak masa yang digunakan oleh pengetua berkenaan menghadiri perjumpaan atau program Umno yang tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran sekolah.


Sekolah tersebut yang sebelum ini dilihat banyak mencetuskan suasana tidak sejahtera kepada para pelajar, sejak kebelakangan ini pula wujud gangsterisme di kalangan pelajar perempuan.


Dengan berlatar belakangkan pengetua yang mengutamakan politik daripada karier, masalah tersebut semakin membarah apabila ada di kalangan pelajar berkenaan bertumbuk sesama sendiri di kawasan sekolah.


Buletin Online difahamkan, walaupun kes itu tidak dilaporkan kepada polis, namun ianya bukan perkara pelik yang melibatkan pelajar sekolah menengah berkenaan.


Walaupun kes yang membabitkan pelajar di beberapa buah sekolah menengah di bandar ini sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, namun insiden pelajar wanita bertumbuk di kawasan sekolah adalah sesuatu yang baru berlaku.


Apapun, masyarakat melihat itulah hasil daripada sistem pendidikan yang ada sekarang yang gagal membentuk peribadi pelajar, tambahan pula dengan sikap pengetua yang bermain politik untuk mencari tempat dalam Umno.



Link Video 1



Link Video 2


Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...